Penjejak Kebenaran. Smile ya! :)

Thursday, November 22, 2012

Meraih Pandangan-Mu


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum wrh wbt.

"Wanita yang di ketepi adalah wanita yang berapi.."-Keluarga Iskandar
"Orang yang suka mencari perhatian orang lain adalah orang yang kurang kasih sayang."-Prof Muhaya

          Tersenyum sebentar. Saya sering melihat situasi ini di sekeliling dan pada diri saya sendiri. Allah. Fitrah manusia ingin mendapat perhatian, ingin paling di sayangi, dan mendapat penghormatan serta kebanggaan. Tetapi sejauh manakah kita menggerakkan usaha kita meraih pandangan sang Pemilik Cinta yang Maha Agung? Adakah kita berapi gara-gara di ketepi? Adakah kita syok sendiri berkongsi kisah yang konon 'suwit' untuk meraih perhatian manusia? "Orang macam ni kita kena kesian.." kata Prof Muhaya.

          Allah. Sejauh manapun manusia mengenepikan kita, yang paling hampir itu tetap Allah. Kenapa masih 'berapi' sedangkan setiap saat dalam hidup ini semua adalah kehendak Allah.. Meskipun di kumpulkan berjuta umat manusia untuk melancarkan urusan perancangan hidup kita, pasti tiada sebesar zarah pun yang mampu mengubah kehendak dan perancangan-Nya. Beruntunglah mereka yang di ketepi kerana ingin menolak rosaknya hati, dan kerana ingin menjaga agama serta memperteguhkan iman. Dan menjadi lebih bebanan jiwa andai menjadi perhatian di balik hati yang berdosa. 

Allah.
   
          Check semula niat kita dalam tindakan agar terhindar dari hati yang berpenyakit. Allah. Termenung sebentar. Saya ini sering sahaja 'berapi', dan gemar mengenepikan diri dan berdiam. Tidak. Bukan kerana saya tidak, di pilih kasih/menjadi perhatian kepada siapa-siapa, tetapi saya memilih berapi dan di ketepi dalam mode berdiam diri. Saat itu saya yakin dan percaya, tarbiyyah diri dari diam itu adalah untuk saya sabar dan redha dengan cabaran kehidupan. 

          Jauhi jaringan sosial untuk tujuan yang salah/maksiat/fitnah/mengumpat (overdose dalam meluah perasaan dan meraih perhatian), dan dekatilah ia sebagai medium yang mendekatkan kita pada Allah dan membawa orang lain kepada Allah. Teringat saya pada seorang hamba Allah ini, di mana beliau tidak jemu menghulurkan saya tasbih agar saya berzikir. Malah menghadiahkan juga tasbih kepada saya. Dan setiap kali saya ingin memulakan zikir, saya pasti teringat akan beliau yang membantu saya menghubung jalin cinta saya pada Allah. Subhanallah! Mudahnya membawa orang lain untuk meraih perhatian Allah. 

          Walaubagaimanapun, saya masih insan yang lalai. Berdodoikan fana dunia yang melenakan saya. Allah. Sahabat, teman, kawan, di manakah kita letak nilai diri kita? Adakah dengan perhatian murahan atau perhatian yang membuah cinta Ilahi? Allahua'lam. Sama-sama muhasabah. Tiada yang tiada melainkan yang ada. ALLAH.

Al-Faqirah Ilallah,
Nur Laila binti Norharmim.  

          

Tuesday, November 20, 2012

Rasa Cinta yang Ada.

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Assalamualaikum wrh wbt..

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar..

Tiada kesepian menghampiri..
Tiada kedukaan rasa hati..
Tiada yang tiada melainkan yang ada.. 
ALLAH..
Di saat jiwa di hurung rasa sepi,
DIA-lah yang sentiasa menghampiri..
Tidak pernah menjauhi..
Tidak pernah melupai..
DIA jualah yang mengerti rasa hati..
Kasih sayang, jua cintaNya tidak bertepi..

          Alhamdulillah.. Kini saya kembali bersama Citra Cinta Ilahi. InsyaAllah, tidak sesekali berhenti dari tugas seorang dai'e. Tugas itu adalah tugas KITA! :) Mudah-mudahan segala bentuk perkongsian memberi manfaat yang besar buat kalian dalam menjalani penghidupan sebagai seorang hamba Allah. Jadikan setiap sudut adalah positif dan optimis. Tutup ruang negatif, buruk sangka, iri hati, riak dll.. Allah. Meskipun terasa berat ingin perkatakan, ia menjadi peringatan untuk saya memperbaiki diri..

Allah..

          Memilih cinta bukan kerana cinta pada yang Haq adalah dusta. Tatkala cinta tidak bersyarak itu menjadi pilihan, dan Islamik sebagai label, adakah ia sebenarnya relevan? Merai cinta dengan jiwa yang masih leka, tidak akan membawa diri ke mana. "Aku baik kerana dia" menjadi alasan si pemabuk cinta, sedangkan ianya dusta! Cinta yang normal adalah mabuk cinta hanya pada Pemilik Cinta. 3 jam berhubung dengan DIA tidak sedikit pun dalam kerugian, malah keberuntungan!

          Kita mungkin berada di luar sedar apabila diri kita dalam 'gangguan'. Tapi adakah kita sedar bahawa 'gangguan' yang lebih parah apabila kita sendiri menjemput maksiat itu berleluasa dalam ruang kehidupan kita. Allah memberi pilihan, Allah juga telah memilih aturan dan taqdir-Nya untuk kita. Kita terpesona dengan cinta. Cinta palsu lagi menipu. Allah sediakan jalan untuk kita memilih, tetapi kita masih juga ingin mengisi hati dengan nafsu pilihan kita. Jangan salahkan pada 'gangguan' apa sekalipun, salahkan diri sendiri yang tak merasa keberadaan Allah semasa melakukan dosa. Allah. Kembalikanlah kami pada jalan-Mu. Ampunkan dosa-dosa kami. Ighfirlana ya Allah.

          Mengapa terasa sukar mengingati Allah? Adakalanya kerana kita tidak merasa Allah perlu dalam hidup kita. Kerana dosa, kita terhijab dari mengingati-Nya. Dan kerana cinta yang sudah berpaling tadah. Perhalusilah wasilah cinta sehingga bertemu-Nya. Allah itu sangat hampir dan sentiasa menghampiri kita. Wahai muslimat yang saya kasihi kerana Allah, cinta itu bukan sekadar meniti di bibir, cinta itu bukannya persis uda dan dara bercouple dan bersahaja, ada hala tujunya, ada matlamatnya. Jangan menyesal dan terngadah di kemudian hari. Allah itu destinasi cinta kita.

Allah...

          Seluruh peringatan ini khas untuk saya, dan istimewa untuk kalian. Kekurangan dan kekhilafan adalah kerana saya seorang hamba yang dhaif lagi hina. Al-Faqirah di bumi-Nya. I'm not bajet bagus, insyaAllah berlapang dada menerima kritikan. Bukan dan bukan berlagak 'alim, sekadar berkongsi sedikit perkongsian agar kita sama-sama membuka mata hati seluas-luasnya. I'm not best writer, saya cuma menulis apa yang di ilhamkan oleh-Nya. Dan saya tiada ilmu melainkan semua ilmu adalah milik-Nya.

Penutup : Cinta itu Mencinta sang Pemilik Cinta.

          Gantungkanlah segala bentuk pengharapan hanya pada DIA. Pasakkan setinggi-tinggi niat hanya kerana-Nya. Cintailah DIA, sang Pemilik Cinta yang tak jemu mencinta kita lebiiiiiih dari kita mencintai DIA..

Al-Faqirah Ilallah,
Nur Laila binti Norharmim.