بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum wrh wbt..
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakhbar..
Tiada kesepian menghampiri..
Tiada kedukaan rasa hati..
Tiada yang tiada melainkan yang ada..
ALLAH..
Di saat jiwa di hurung rasa sepi,
DIA-lah yang sentiasa menghampiri..
Tidak pernah menjauhi..
Tidak pernah melupai..
DIA jualah yang mengerti rasa hati..
Kasih sayang, jua cintaNya tidak bertepi..
Alhamdulillah.. Kini saya kembali bersama Citra Cinta Ilahi. InsyaAllah, tidak sesekali berhenti dari tugas seorang dai'e. Tugas itu adalah tugas KITA! :) Mudah-mudahan segala bentuk perkongsian memberi manfaat yang besar buat kalian dalam menjalani penghidupan sebagai seorang hamba Allah. Jadikan setiap sudut adalah positif dan optimis. Tutup ruang negatif, buruk sangka, iri hati, riak dll.. Allah. Meskipun terasa berat ingin perkatakan, ia menjadi peringatan untuk saya memperbaiki diri..
Allah..
Memilih cinta bukan kerana cinta pada yang Haq adalah dusta. Tatkala cinta tidak bersyarak itu menjadi pilihan, dan Islamik sebagai label, adakah ia sebenarnya relevan? Merai cinta dengan jiwa yang masih leka, tidak akan membawa diri ke mana. "Aku baik kerana dia" menjadi alasan si pemabuk cinta, sedangkan ianya dusta! Cinta yang normal adalah mabuk cinta hanya pada Pemilik Cinta. 3 jam berhubung dengan DIA tidak sedikit pun dalam kerugian, malah keberuntungan!
Kita mungkin berada di luar sedar apabila diri kita dalam 'gangguan'. Tapi adakah kita sedar bahawa 'gangguan' yang lebih parah apabila kita sendiri menjemput maksiat itu berleluasa dalam ruang kehidupan kita. Allah memberi pilihan, Allah juga telah memilih aturan dan taqdir-Nya untuk kita. Kita terpesona dengan cinta. Cinta palsu lagi menipu. Allah sediakan jalan untuk kita memilih, tetapi kita masih juga ingin mengisi hati dengan nafsu pilihan kita. Jangan salahkan pada 'gangguan' apa sekalipun, salahkan diri sendiri yang tak merasa keberadaan Allah semasa melakukan dosa. Allah. Kembalikanlah kami pada jalan-Mu. Ampunkan dosa-dosa kami. Ighfirlana ya Allah.
Mengapa terasa sukar mengingati Allah? Adakalanya kerana kita tidak merasa Allah perlu dalam hidup kita. Kerana dosa, kita terhijab dari mengingati-Nya. Dan kerana cinta yang sudah berpaling tadah. Perhalusilah wasilah cinta sehingga bertemu-Nya. Allah itu sangat hampir dan sentiasa menghampiri kita. Wahai muslimat yang saya kasihi kerana Allah, cinta itu bukan sekadar meniti di bibir, cinta itu bukannya persis uda dan dara bercouple dan bersahaja, ada hala tujunya, ada matlamatnya. Jangan menyesal dan terngadah di kemudian hari. Allah itu destinasi cinta kita.
Allah...
Seluruh peringatan ini khas untuk saya, dan istimewa untuk kalian. Kekurangan dan kekhilafan adalah kerana saya seorang hamba yang dhaif lagi hina. Al-Faqirah di bumi-Nya. I'm not bajet bagus, insyaAllah berlapang dada menerima kritikan. Bukan dan bukan berlagak 'alim, sekadar berkongsi sedikit perkongsian agar kita sama-sama membuka mata hati seluas-luasnya. I'm not best writer, saya cuma menulis apa yang di ilhamkan oleh-Nya. Dan saya tiada ilmu melainkan semua ilmu adalah milik-Nya.
Penutup : Cinta itu Mencinta sang Pemilik Cinta.
Gantungkanlah segala bentuk pengharapan hanya pada DIA. Pasakkan setinggi-tinggi niat hanya kerana-Nya. Cintailah DIA, sang Pemilik Cinta yang tak jemu mencinta kita lebiiiiiih dari kita mencintai DIA..
Al-Faqirah Ilallah,
Nur Laila binti Norharmim.

No comments:
Post a Comment